Protected by Copyscape Unique Content Check

Friday, February 3, 2012

KEBUN HAYAT

KEBUN HAYAT

menanam budi
sekebun hayat
tumbuh harapnya
mekar kasih.

menyiram kasih
sekebun hayat
mekar budinya
seluas sayang.

menuai cinta
sekebun hayat
harap penuh
jambangan bunga
harum merata.

sekebun hayat cuma
singgah seketika
melepas lelah antara.

KELOMPEN
Temerloh, Pahang
sumber siaran
Berita Minggu 4 September 2011.

Monday, May 30, 2011

RINDU DAN RUANG

RINDU DAN RUANG

beri padaku waktu
walau singkat
akan kujalinkan rindumu
menjadi dekat.

beri padaku ruang
walau renggang
akan kuatur tapak berdiri
yang pasti.

beri padaku cinta
akan kubina rumah kita
berbumbung setia
ruang teduh bersama
meniti usia.

kelompen
temerloh pahang
siaran BERITA MINGGU 11 Julai 2010

Tuesday, July 6, 2010

TAHNIAH

TAHNIAH

merangkum harum
setaman akal fikir
soal bicara.

menghimpun tekun
selaut luhur budi
adab santun.

sekalung tahniah
atas segala natijah
seawal muqadimah
pada luas ruang
dirimu bintang terang
di langit malam.

kuantan pekan
6julai10

Thursday, February 18, 2010

SUARA

SUARA

aku singgah di rumahMu
tersapa suara halus merdu
pintunya terbuka lontaran sepi
lumpurku
di kaki kiri
cinta
malu
menghampir diri
membenam resah di kolamMu
aku ingin tenang
dalam lapang
dalam ruangMu..

19feb10
jerantut

Tuesday, February 16, 2010

HILANG

HILANG

hadirmu mengalun gumpal mendung
latarnya rimbun pohonan alam
teduh yang menyejukkan
kembali diri menghitung kita
yang tertabur merata
dengan langkah satu satu
kuatur menghimpunnya
getar tertinggal di telapak rasa
pilu meneman resah kelmarin.

malam malam terpisah
samar dalam kelam
sekian entah terlonta
sayup dalam diri
kematian
lembut menjemput
tersentak pedih pilu
tersayat ngilu sembilu
terlapah hiris tajam
tergelimpang kaku
segenap penjuru
dan rebah di sisi tanpa kata
tiba tiba bulan menjadi lusuh
angin pun mati
di sini..

temerloh
16feb10

Sunday, February 14, 2010

KEKASIH


KEKASIH


dengan segala rendah hati
dan tinggi jiwa
ketika mengalun rasa
dengan sayang teramat panjang
dengan kasih paling dalam
sekuntum mawar merah
dan februari yang cerah
segala indah
dengan tanda dan makna
aku telah singgah
di sini
di ruang ini
dengan cinta.

14feb10
temerloh

Monday, January 18, 2010

satu kunjungan




semalam 17 jan, bersama seorang kawan baik bernama Qasih,yang bernaung dalam sahabat radio malaysia pahang fm, seorang kawan
yg berminat dengan kerja kerja seni,berbakat pulak, aku bawa bertemu
kelompok manusia seniman di rajawali art galeri di cenderawasih, berjumpa
abdullah jone, acai dan ajis. seronok tengok hasil kerja lukisan dorang. sempat juga bergambar kunjungan. kami akan singgah lagi nanti.. terimakasih rajawali semoga terus terbang tinggi..